Thursday, 31 December 2015

PENGENALAN

Pada era globalisasi ini, saban hari kita dihidangkan dengan pelbagai bentuk hiburan. Hal ini tidak kira sama ada melalui media cetak mahu pun media elektronik. Berbincang mengenai hiburan, isu yang ingin diketengahkan di sini adalah mengenai fenomena kebangkitan filem yang kebanyakan merosakkan akidah umat Islam. Industri hiburan tanah air kini semakin hari semakin berkembang dengan penghasilan pelbagai bentuk filem atau drama tidak kira sama ada berunsurkan komedi, romantik, aksi, mahupun seram. Seiring dengan kebangkitan filem-filem berunsur hantu dalam seram ini telah mendapat perhatian ramai pihak. Ada diantaranya memuji dan menyokong lambakan filem ini dan tidak ketinggalan juga yang menkritiknya. Kebanyakannya yang mengkritiknya adalah disebabkan terdapat unsur-unsur yang negatif yang mampu diserap kepada parah penonton. Lebih-lebih lagi golongan dari peringkat remaja dan kanak-kanak. Mereka ini merupakan golongan yang mudah terpengaruh kerana masih berda dalam proses belajar.

 Perkara ini sangat membimbangkan kerana ramai penonton yang meminati filem yang berunsurkan hantu dan seram ini terdiri daripada masyarakat melayu dan beragama Islam. Mereka ini terdiri daripada pelbagai peringkat usia iaitu golongan tua, dewasa, remaja dan kanak-kanak. Hal ini ditakuti menyempitkan fikiran dan mengancam akidah generasi muda dan kanak-kanak. Ditakuti juga mereka ini akan terpengaruh dengan aksi-aksi yang dilakonkan mengenai kononnya wujud pelbagai jenis hantu yang direka semata-mata untuk menimbulkan rasa seram kepada penonton.

Dalam konteks ini, khurafat adalah karut-marut yang tidak benar sama sekali. Tidak sepatutnya kepercayaan-kepercayaan sedemikian menghantui umat Islam sehingga menghindarkan perjalanan hidup mereka kerana kongkongan khurafat itu. Umat Islam perlu bersih niat dan pergantungan mereka hanya kepada Allah S.W.T sahaja. Disamping itu, amalan khurafat boleh membawa kepada syirik yang sudah tentu yang menjejaskan akidah seseorang Muslim selain hanya mengakibatkan dosa yang tidak terampun disisi Allah. Disini, kami mengupas lebih lanjut tentang unsur-unsur khurafat dalam filem. 


DEFINISI KHURAFAT

Maksud khurafat menurut Kamus Bahasa Arab ialah cerita-cerita yang mempersonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta ( al Mujam al Wasit). Manakala menurut Kamus Dewan ialah kepercayaan karut yang di ada-adakan berpandukan kepada perbuatan-perbuatan dan kejadian alam yang berlaku. Pegertian khurafat dari segi Islam ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Berdasarkan takrif di atas, khurafat merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut dan dusta.

Secara mendalam lagi, amalan khurafat melibatkan perbuatan, ungkapan kata, cerita atau kisah, benda seperti batu, kayu atau tanah, konsep prinsip atau aliran fahaman yang dipercayai dan diiktikadkan dengan yakin boleh mendatangkan manfaat ataupun mudarat kepada seseorang. Padahal semua itu merupakan sesuatu yang tidak sesekali terdapat dalam sumber dan suruhan agama Islam yang suci. Dalam masa yang sama bertentangan pula dengan logik akal yang sihat dan tidak juga bersandarkan realiti kerana ia merupakan sesuatu yang batil dan tidak langsung mengandungi sebarang unsur kebenaran.

Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud, '' Tidak ada jangkitan (yang berlaku tanpa izi Allah), tidak ada malang pada burung hantu dan tidak ada bala pada bulan Safar (seperti yang dipercayai). " Amalan khurafat juga berkait rapat dengan perkara-perkara ghaib setiap kepercayaan, perlakuan di ikuti dengan perkara ghaib. Mempercayai perkara ghaib adalah salah satu perkara yang termasuk dalam iman. Namun demikian, amalan khurafat ini mengalir pergantungan manusia kepada Allah s.a.w kepada makhluk yang mana menjadi salah satu bentuk penyelewengan dalam akidah Islam.

Khurafat terbahagi kepada dua iaitu khurafat yang tidak merosakkan akidah seperti dongeng berkaitan dengan budaya dan adat resam, tidak berkaitan dengan ketuhanan. Manakala khurafat yang merosakkan akidah iaitu melibatkan ibadat dan ketuhanan seperti pemujaan, bersemah dan membuat ancak.

Wednesday, 30 December 2015

HUKUM BERAMAL DENGAN KHURAFAT

Islam sangat menitikberatkan soal-soal aqidah. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-Quran, Hadis, Ijma' dan qiyas adalah ditolak oleh Islam, Aisyah Radhiallahu 'anha berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:

''Sesiapa yang mengerjakan pekerjaan (mengadakan-adakan) yang tiada di dalam agama kami, maka yang dikerjakan itu tertolak.'' 
                                                                                                       (Hadis riwayat Muslim dan Ahmad)

Di dalam al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah s.w.t dan menolak kepercayaan terhadap yang selain daripada-Nya bagi mendapat kebaikan atau menolak keburukan. Antaranya firman Allah Ta'ala:

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ ۚ قُلْ أَفَرَأَيْتُمْ مَا تَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ إِنْ أَرَادَنِيَ اللَّهُ بِضُرٍّ هَلْ هُنَّ كَاشِفَاتُ ضُرِّهِ أَوْ أَرَادَنِي بِرَحْمَةٍ هَلْ هُنَّ مُمْسِكَاتُ رَحْمَتِهِ ۚ قُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ ۖ عَلَيْهِ يَتَوَكَّلُ الْمُتَوَكِّلُونَ
Makasudnya: "Katakanlah (kepada mereka) "kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang apa yang kamu sembah selain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan aku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahaya-Nya itu: atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmat-Nya itu? katakanlah lagi: cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memiliharaku): kepada-Nyalah henyaknya berserah (bertawakal) orang-orang yang mahu berserah diri".
                                                                                                                               (Surah az-Zumar: 38)

Ayat di atas memperlihatkan konsep tawakal kepada Allah dalam semua keadaan. Kebaikan dan kejahatan adalah daripada Allah. Allah yang menyebabkan segala-galanya. Allah yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu, bukannya atas lintasan burung atau ramalan, sial seseorang individu dan sebagainya yang terdapat didalam amalan khurafat. Dalam satu riwayat daripada Ibn mas'ud Radhiallahu 'anhu bahawa Rasulullah s.a.w  bersabda:

"Menyadarkan keburukan kepada sesuatu adalah syirik dan tidak termasuk dalam golongan kami melainkan (orang-orang yang beriman) sahaja dan Allah akan menghilangkan syirik itu dengan tawakal"
                                                                                                 (Hadis riwayat at-Tmidzi dan Abu Daud)

Sabda Baginda lagi:

"Nukan daripada golongan kami sesiapa yang merasa sial atau meminta diramalkan kesialannya atau menilik nasib atau minta ditilikkan atau minta disihirkan"
                                                                                                                 (Hadis riwayat ath-Thabarani)

Semua penjelasan daripada ayat al-Quran dan hadis-hadis Rasulallah s.a.w di atas memperlihatkan konsep baik dan buruk hanya daripada Allah s.w.t sahaja yang mengatur segala-galanya,bukan ada kaitan dengan kejadian-kejadian yang berlaku didalam hidup ini yang boleh memberi kesan kepada kebahagian dan kecelekaan manusia. 

                                                                                                   

CIRI-CIRI KHURAFAT


  1. Tidak berdasarkan pada nas-nas syarak ( al-Quran atau hadis Nabi s.a.w)
  2. Cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau karut
  3. Bersumberkan kepada kepercayaan-kepercayaan lama dan bercanggah dengan Islam. 
  4. Menggunakan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya
  5. Mempunyai unsur-unsur negatif dari segi akidah dan syariah
  6. Berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus.

BENTUK-BENTUK AMALAN KHURAFAT


  • Kepercayaan kepada keramat seperti makan, kubur, pokok, kayu, bukit dan haiwan tertentu.
  • Kepercayaan kepada sial majal seperti burung atau haiwan tertentu, adat mandi safar, adat mandi membuang sial.
  • Kepercayaan kepada kekuasaan jin dan memohon pertolongan darinya seperti adat memuja kampung, adat merenjis tepung tawar dan adat semah pantai
  • Kepercayaan kepada bertambah dan berkurangnya rezeki yang dikaitkan dengan semangat atau kekuatan anasir halus atau makhluk tertentu seperti adat memuja semangat padi, bersemah dan membuang ancak ke sungai dan laut.
  • Kepercayaan kepada petanda dan berpantang larang contohnya seperti tidak boleh melihatkan bayi di muka cermin kerana kelak ia akan mati di dalam air, tidak boleh keluar ketika gagak berbunyi kerana takut mendapat sial atau bala.
  • Memuja objek-objek tertentu, roh nenek moyang kekubur yang dianggap wali atau melakukan upacara menghadirkan roh.

ISU DAN PERBINCANGAN

ISU

  1. Filem "Hantu Bonceng" yang mengaut keuntungan RM8 juta dikritik hebat kerana mempunyai dialog pelakonanya iaitu Zizan Razak jelas sekali menghina Rasulullah SAW dengan menyebut "Ashaduanna Muhammadar Syaitan" yang membawa maksud "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan". Ditambah dengan mempersendakan azan, memakai baju ada tanda salib death note ke masjiddan beberapa isu tahyul seperti bogel deapn hantu. Seterusnya, terdapat satu babak cerita Puteri Mardianah yang menonjolkan adegan memakan daging dan ulat penuh rakus dalam keadaan dirasuk.
  2. Akhbar Berita Harian melalui kolum nasionalnyapada 10 Januari 2011 telah menyiarkan sebuah berita bertajuk "Ustaz bukan penghakau hantu: Tangguangjawab sebenar pendaknah dalam filem seram perlu diperbetul". Berita tersebut turut memuatkan petikan pendapat Ustaz Mohd Azahari Yusuf, Pensyarah Pusat Islam, Universiti Putra Malaysia sepertimana yang dilaporkan Bernama. Beliau mengatakan bahawa "pengarah dan penulis skrip kalau mahu mewujudkan watak ustaz perlu terlebih dulu peka terhadap peranan itu hanya setakat penghalau hantu atau makhluk halus semata-mata". Manakala bagi pendakwah bebas, Ustaz Daud Che Ngah dalam berita yang sama berkata "Unsur seram dan ganas dalam filem menyebabkan orang ramai, khususnya kanak-kanak lebih takut kepada watak hatntu daripada Allah dan ia tidak sewajarnya kerana melemahkan minda umat Islam".
  3. Terdapat satu babak dalam filem "Maut" yang memberi gambaran tentang kehidupan selepas kematian dan seksaan-seksaan yang akan berlaku. Ia dikhuatiri boleh memesongkan akidah kerana penonton akan menganggap seksaan yang berlaku adalah benar-benar seperti digambarkan.

CARA PENYELESAIAN MASALAH

Kesimpulannya, kedua-dua isu tersebut mempunyai cara penyelesaian yang sesuia itu:

  1. Bagi mengatasi amalan khurafat, kita haruslah memulakan dengan pengukuhan institusi pendidikan (tarbiyah) iaitu dengan memberi pendidikan islam secara meluas kepada golongan masyarakat tanpa mengira peringkat umur. Pendidikan yang dimaksudkan perlu berjalan secara formal iaitu melalui kelas-kelas pengajian atau tidak formal melalui aktiviti atau program yang membincangkan isu dan permasalahan masyarakat. Peranan mendidik ini perlu dipikul oleh badan-badan kerajaan, bukan badan kerajaan dan masyarakat yang berkelayakan dan berkemampuan. 
  2. Pihak berkuasa seperti pemerintah wajar berperanan secara menyeluruh dalam usaha membantu dan mendidik masyarakat meninggalkan perbuatan yang boleh membatalkan iman. Antara peranan yang boleh dilaksanakan oleh pihak berkuasa adalah menghapuskan tempat atau lokasi yang dijadikan kawasan permujaan, mengawasi sesuatu tempat yang dijadikan lokasi menjalankan sesuatu upacara atau ritual tertentu.
  3. Para pendakwah, penceramah dan orang-orang yang berilmu perlu memberi pejelasan dan penerangan yang lebih efektif kepada umat Islam tentang keburukan amalan khurafat dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Dengan ini, masyarakat perlu memahami dengan lebih mendalam tentang amalan khurafat ini yang boleh membatalkan iman seseorang. Penerangan melalui media elektronik dengan menyediakan slot khas mengenai amalan khurafat dalam program ajuran Bahagian Dakwah dan Bahagian Media Elektronik JAKIM.
  4. Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia hendaklah mengawal penerbitan filem-filem yang berunsur khurafat yang dimana boleh memberi pengaruh negatif kepada penonton. Pihak kementerian juga perlu menguatkuasakan undang-undang Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (1998) dan Akta Komunikasi Multimedia (1998) supaya akta-akta tersebut memberi impak yang positif terhadap industri perfileman dan juga kepada penonton.

FAKTOR-FAKTOR AMALAN KHURAFAT

1. KEJAHILAN

Faktor utama yang mendorong manusia sanggup melakukan amalan-amalan khurafat dan syirik.

2. KEPENTINGAN PERIBADI

Bagi mendapatkan sesuatu kepentingan duniawi, manusia sanggup melakukan apa sahaja.

3. NIAT YANG JAHAT

Di antara hikmah adanya Syurga dan Neraka ialah manusia yang baik dan jahat setiap hari memikirkan bagaimana dia ingin merealisasikan niat dan amalannya.

4. PERGAULAN

Sumbangan penting ke arah terjebaknya seseorang dengan amalan khurafat seperti mengikuti kawan menurunkan nombor ekor dan mengamalkan ajaran Black Metal.

5. PERSEKITARAN

Suasana masyarakat yang tidak diikat dengan undang-undang agama juga menjadi faktor berleluasanya jurang khurafat.

6. ADAT

Dengan slogan ''Biar mati anak, jangan mati adat'', anggota masyarkat begitu bersemangat mengadakan amalan khurafat secara berterusan umpamanya mengadakan upacara bersemah dan menjamu hantu, hulubalang dan semangat roh.

7. KEPERCAYAAN KARUT

Sebelum kedatangan Islam, masyarakat kita telah lama menganuti ajaran Hindu dengan kepelbagaian pahaman dan upacara yang karut-marut. Apabila Islam datang ia menghapuskan sedikit demi sedikit amalan tersebut.

KESAN AMALAN KHURAFAT DALAM PERFILEMAN

1. MEMPERBODOHKAN MASYARAKAT
Islam tidak menerima apa jua perkara yang boleh memperbodohkan masyarakat termasuk menvisualkan jin dan syaitan dalam bentuk drama atau filem. Drama dan filem seram yang keterlaluan amat merbahayakan kerana ia boleh menyumbang kepada penyelewangan akidah. Peter Gay menulis dalam sebuah buku beliau yang bertajuk '' The Cultivation of Hatred '' menyatakan bahawa dalam sesebuah komuniti lapisan sosial dan pada setip abad manusia akan mencipta satu budaya baru. Sekiranya mengambil kata-kata Peter Gay, dapat kita lihat bahawa semacam satu budaya tidak sihat di Malaysia apabila kita ingin mencapai negara maju wujud golongan yang menanam dan mempopularkan kembali elemen-elemen tahayul dan mistik. Ini akan memberi satu signifikan yang besar kepada pemikiran masyarakat kita. Natijahnya, umat Islam akan terpesong daripada akidahnya dan negara kita tidak mampu untuk menjadi negara yang maju. 

2. CERITA TAHYUL DIJADIKAN HIBURAN SEMATA-MATA
Cerita-cerita tahyul tidak memberi faedah kepada masyarakat kerana elemen rekaan yang disampaikan terlalu sarat berbanding moral yang hendak disampaikan. Masyarakat juga memandang ringan perkara yang boleh membawa kepada syirik. Ini menyebabkan manusia mengambil ringan permasalahan akidah dan hidup hanya untuk bersuka-ria.

3. PENGARUH KEPADA KANAK-KANAK
Kanak-kanak belajar dari pemerhatian. Televisyen merupakan pengaruh terbesar kepada kanak-kanak yang memberi kesan dari aspek tingkah laku yang ditonjolkan, pemahaman dan percakapan. Ia menyebabkan kanak-kanak terikut-ikut dengan perkara tahyul ini dan memberi kesan kepada mereka di masa akan datang.

4. MENGEKSPLOITASI MEDIA SEBAGAI SUMBER ILMU YANG SALAH
Rakyat Malaysia mudah terpengaruh, mengikut dan mengambil jalan pintas dan menggunakan medium yang salah untuk mencapai kemewahan.Dengan filem dan drama sebegini mengajar masyarakat menggunakan ilmu sihir untuk tujuan tertentu. Contoh santau, ilmu hitam dan berunsurkan khurafat berpunca daripada hasad dengki atau untuk kepentingan untuk diri sendiri.

BENTUK-BENTUK PENERBITAN YANG DILARANG


1. Semua bentuk penerbitan yang memapar dan mempromosikan kepercayaan kepada benda-benda keramat dan sifat luar biasa sesuatu objek-objek tertentu

 i) Mengenai kepercayaan kepada objek seperti cincin batu akek, keris lama dan tombak yang dianggap boleh memberi manfaat dan pertolongan

2. Semua penerbitan yang memaparkan keyakinan bahawa makhluk jin itu mempunyai kuasa mutlak tanpa qudrat dan iradat daripada Allah SWT. 

i). Memaparkan kisah perbomohan yang pasti boleh sembuh kerana pertolongan jin. Kisah serumpamaan ini boleh menujukkan bahawa golongan akhlak ghaib lebih berkuasa untuk menolong dari Allah

3. Semua penerbitan yang menggambarkan perkara ghaib secara terperinci, sedangkan ia tidak terdapat dalam Al-Quran atau Al-Hadith.

i) Memaparkan kisah-kisah mimpi seseorang yang dapat melihat keadaan seksa di alam kubur, keadaan di Syurga dan Neraka.

4. Semua penerbitan yang memaparkan pemujaan kepada makhluk syaitan atau kisah manusia boleh berhubungan terus dengan jin dan roh.

i). Kisah-kisah bomoh menggunakan jin yang berkuasa melakukan sesuatu melebihi kuasa Allah, seumpama menyembuhkan segala penyakit atau mengetahui sesuatu barang yang hilang.

5. Semua penerbitan yang memaparkan cerita bersumberkan daripada kepercayaan lama, kepercayaan kepada petanda, pantang larang dan adat istiadat yang bercanggah dengan ajaran Islam.

i). Mengenai kepercayaan kepada petanda-petanda dan pantang larang, seperti tidak boleh melihat bayi dicermin muka kerana kononnya kelak ia akan mati di dalam air.

SENARAI FILEM YANG BERUNSURKAN KHURAFAT


  1. Zombi Kampung Pisang
  2. Pontianak Harum Sundal Malam
  3. Congkak
  4. Histeria
  5. Rasukan Ablasa
  6. Jangan Pandang Belakang
  7. Sayaitan
  8. Akhirat
  9. Maut

PENUTUP

Usaha untuk mempertingkatkan kualiti ilmu ke dalam masyarakat Islam perlu diteruskan dengan bersungguh-sungguh untuk menjadi perisai umat Islam dan diresapi gejala-gejala tidak sihat seperti khurafat dan sebagainya. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab perlu mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengelakkan perkara ini semakin menular dalam kalangan umat Islam. Di samping itu, kita sebagai umat Islam juga perlu mendekatkan diri dengan Allah agar tidak mudah terjebak dengan gejala jenis khurafat. Selain itu juga, umat Islam haruslah memahami dan meneliti ilmu agama dengan sebaiknya. Pihak perfileman hendaklah mengurangkan penerbitan filem-filem seram yang lebih kepada bentuk khurafat. Hal ini demikian kerana, melalui filem-filem tersebut mentaliti umat Islam berubah ke arah negatif.

Ibadat-ibadat dalam Islam adalah alat untuk mendidik manusia. Jika dipergunakan ibadat itu sebagai alat mengajar, maka yang mempelajari bersungguh-sungguh daripada akan dapat pengajaran yang berkesan. Rasulullah SAW telahpun menggunakan untuk mendidik umat Islam & zamannya. Dengan ilmu tersebut, mereka menjadi sebaik-baik umat yang Allah ciptakan untuk menjadi contoh kepada umatnya. Akhlak yang terpuji dan keikhlasan untuk beribadat kepada Allah.

LAMPIRAN