Islam tidak menerima apa jua perkara yang boleh memperbodohkan masyarakat termasuk menvisualkan jin dan syaitan dalam bentuk drama atau filem. Drama dan filem seram yang keterlaluan amat merbahayakan kerana ia boleh menyumbang kepada penyelewangan akidah. Peter Gay menulis dalam sebuah buku beliau yang bertajuk '' The Cultivation of Hatred '' menyatakan bahawa dalam sesebuah komuniti lapisan sosial dan pada setip abad manusia akan mencipta satu budaya baru. Sekiranya mengambil kata-kata Peter Gay, dapat kita lihat bahawa semacam satu budaya tidak sihat di Malaysia apabila kita ingin mencapai negara maju wujud golongan yang menanam dan mempopularkan kembali elemen-elemen tahayul dan mistik. Ini akan memberi satu signifikan yang besar kepada pemikiran masyarakat kita. Natijahnya, umat Islam akan terpesong daripada akidahnya dan negara kita tidak mampu untuk menjadi negara yang maju.
2. CERITA TAHYUL DIJADIKAN HIBURAN SEMATA-MATA
Cerita-cerita tahyul tidak memberi faedah kepada masyarakat kerana elemen rekaan yang disampaikan terlalu sarat berbanding moral yang hendak disampaikan. Masyarakat juga memandang ringan perkara yang boleh membawa kepada syirik. Ini menyebabkan manusia mengambil ringan permasalahan akidah dan hidup hanya untuk bersuka-ria.
3. PENGARUH KEPADA KANAK-KANAK
Kanak-kanak belajar dari pemerhatian. Televisyen merupakan pengaruh terbesar kepada kanak-kanak yang memberi kesan dari aspek tingkah laku yang ditonjolkan, pemahaman dan percakapan. Ia menyebabkan kanak-kanak terikut-ikut dengan perkara tahyul ini dan memberi kesan kepada mereka di masa akan datang.
4. MENGEKSPLOITASI MEDIA SEBAGAI SUMBER ILMU YANG SALAH
Rakyat Malaysia mudah terpengaruh, mengikut dan mengambil jalan pintas dan menggunakan medium yang salah untuk mencapai kemewahan.Dengan filem dan drama sebegini mengajar masyarakat menggunakan ilmu sihir untuk tujuan tertentu. Contoh santau, ilmu hitam dan berunsurkan khurafat berpunca daripada hasad dengki atau untuk kepentingan untuk diri sendiri.
No comments:
Post a Comment