Wednesday, 30 December 2015

BENTUK-BENTUK PENERBITAN YANG DILARANG


1. Semua bentuk penerbitan yang memapar dan mempromosikan kepercayaan kepada benda-benda keramat dan sifat luar biasa sesuatu objek-objek tertentu

 i) Mengenai kepercayaan kepada objek seperti cincin batu akek, keris lama dan tombak yang dianggap boleh memberi manfaat dan pertolongan

2. Semua penerbitan yang memaparkan keyakinan bahawa makhluk jin itu mempunyai kuasa mutlak tanpa qudrat dan iradat daripada Allah SWT. 

i). Memaparkan kisah perbomohan yang pasti boleh sembuh kerana pertolongan jin. Kisah serumpamaan ini boleh menujukkan bahawa golongan akhlak ghaib lebih berkuasa untuk menolong dari Allah

3. Semua penerbitan yang menggambarkan perkara ghaib secara terperinci, sedangkan ia tidak terdapat dalam Al-Quran atau Al-Hadith.

i) Memaparkan kisah-kisah mimpi seseorang yang dapat melihat keadaan seksa di alam kubur, keadaan di Syurga dan Neraka.

4. Semua penerbitan yang memaparkan pemujaan kepada makhluk syaitan atau kisah manusia boleh berhubungan terus dengan jin dan roh.

i). Kisah-kisah bomoh menggunakan jin yang berkuasa melakukan sesuatu melebihi kuasa Allah, seumpama menyembuhkan segala penyakit atau mengetahui sesuatu barang yang hilang.

5. Semua penerbitan yang memaparkan cerita bersumberkan daripada kepercayaan lama, kepercayaan kepada petanda, pantang larang dan adat istiadat yang bercanggah dengan ajaran Islam.

i). Mengenai kepercayaan kepada petanda-petanda dan pantang larang, seperti tidak boleh melihat bayi dicermin muka kerana kononnya kelak ia akan mati di dalam air.

No comments:

Post a Comment